Mari Berkongsi Ilmu
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat datang ke blog saya. Diharap bahan-bahan yang terdapat dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Saturday, 1 September 2012
Surat Kiriman Rasmi
Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.
Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Senibong,
Jalan Permas 16,
Taman Permas Jaya,81750 Masai,
Johor.
_________________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Senibong,
Jalan Permas 16,
Taman Permas Jaya,81750 Masai,
JOHOR. 15 OKTOBER 2011
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan
Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Senibong akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru.
2. Lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai pameran buku yang diadakan. Murid-murid juga berpeluang untuk memilih sendiri buku-buku yang ingin dibaca atau dibeli. Dengan ini, murid-murid dapat memupuk budaya membaca dalam diri mereka.
3. Berikut merupaka butiran mengenai lawatan yang akan diadakan.
Tarikh: 17 Oktober 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Plaza Angsana, Johor Bahru
4. Diharapkan pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada pihak kami untuk mengadakan lawatan ini. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas, noraini
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Senibong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment